Pages

Sunday, 11 December 2011

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

Pengenalan

Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam usaha guru untuk membimbing murid-murid berkeperluan khas. Dengan adanya strategi, seseorang guru akan lebih tertumpu dan teratur dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya strategi pengajaran dan pembelajaran ini menjadi satu usaha berkesan dan menarik murid-murid berkeperluan khas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran :
1.1 Bahasa Melayu
1.2 Matematik
1.3 Bahasa Inggeris
1.4 Pengurusan Diri
1.5 Kemahiran Hidup (Pertukangan Kayu, Perkebunan, Masakan, Jahitan, Pemeliharaan binatang dan Asas Mendobi )
1.6 Agama
1.7 Pendidikan Moral
1.8 Pendidikan Muzik
1.9 Pendidikan Seni
1.10 Pendidikan Jasmani
1.11 Sains dan Alam Sekitar
1.12 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1.13 Pengurusan Tingkahlaku
1.14 Pengurusan Manipulatif

 MATAPELAJARAN : BAHASA MELAYU

Tajuk : Mengamati bunyi-bunyian
Kemahiran : Bertindak balas terhadap bunyi-bunyian yang melambangkan sesuatu seperti kecemasan, siren, polis dan bomba.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Benda-benda maujud
2. Kad gambar
3. Kad perkataan
Langkah-langkah :
1. Murid-murid diperdengarkan bunyi-bunyian daripada pita rakaman.
2. Murid-murid di minta mengecam dan menamakan bunyi yang didengar.
3. Bersoal jawab tentang bunyi yang didengar.
4. Guru menunjukkan kad gambar yang mengandungi gambar-gambar dari bunyi pita rakaman.
5. Murid membunyikan mengikut gambar.
6. Latihan memadankan gambar dengan bunyi.

Tajuk : Mengamati dan menggunakan bunyi bahasa.
Kemahiran : Membezakan bunyi vokal.
Bahan Bantu mengajar :
1. Kad huruf vokal
2. Kad gambar
3. Lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Guru menunjukkan kad-kad huruf.
2. Murid menyebut huruf yang ditunjukkan.
3. Murid menyebut huruf beserta bunyinya. Contoh a bunyinya A A a……
4. Membezakan bunyi dua vokal melalui kad huruf.
5. Memadankan bunyi vokal dengan kad gambar.
6. Latihtubi menyebut dan membunyikan huruf vokal.
7. Latihan memadankan huruf vokal dengan gambar melalui lembaran kerja.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Tajuk : Memahami bahasa perhubungan
Kemahiran : Memahami ayat-ayat seperti arahan kepada rakan- rakan.
Bahan-bantu mengajar :
1. Kad ayat
2. Kad gambar
3. Lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Murid melakukan arahan yang diberi oleh guru. Contohnya, suruh murid berdiri tegak, duduk dan lain-lain.
2. Bersoal jawab tentang aktiviti yang telah dibuat.
3. Melakukan aktiviti kumpulan seperti seorang murid memberi arahan dan ahli kumpulan mengikut arahan tersebut. Contoh : “Sila duduk, sila berdiri, masukkan kerusi ke dalam meja dll “
4. Latihtubi – melakukan arahan yang pelbagai. Contoh : Tolong senyap, simpan buku dll.
5. Latihan melalui lembaran kerja.

 Tajuk : Bertanya atau menyoal
Kemahiran : Menggunakan soalan yang mudah dan pelbagai jenis  serta berstruktur seperti mengenai diri, keluarga dan hobi.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Kad gambar – aktiviti seperti berlari, memasak, membaca dll.
2. Kad perkataan – (apa, siapa, di mana, mengapa)
Langkah-langkah :
1. Guru bercerita tentang kejadian semasa contoh : Apa yang berlaku di tapak perhimpunan – murid pengsan.
2. Bersoal jawab dengan menggunakan pelbagai jenis soalan seperti “ Siapa yang pengsan? “,” Mengapa?”, dan lain-lain.l.
3. Guru menunjukkan gambar. Contoh : Ibu sedang memasak.
4. Latihtubi membina soalan dari gambar. Contoh : “ Ini gambar apa?” , Siapa yang memasak?” dll.
5. Tunjukkan gambar-gambar lain dan minta murid membina soalan.
6. Latihan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Bercerita tentang diri dan persekitarannya secara  lisan
Kemahiran : Bercerita berpandukan gambar, cerita dan peristiwa.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Model sebenar – murid / guru
2. Papan putih / hijau
Langkah-langkah :
1. Guru bercerita tentang dirinya ( nama, umur, tempat tinggal, hobi, keluarga dan lain-lain )
2. Minta setiap murid bercerita tentang diri masing-masing.
3. Aktiviti bersoal jawab antara murid dengan murid.
4. Latihan bertulis mengenai diri sendiri berpandukan penerangan guru.

 Tajuk : Memahami maksud notis pada papan tanda.
Kemahiran : Memahami isyarat / tanda-tanda jalan raya, papan-papan tanda dan notis.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Kad arahan berbentuk notis atau papan tanda.
2. Lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Guru menunjukkan arahan berbentuk notis dengan menggunakan pita video atau cakera padat. Contoh : papan tanda pada jalan raya, tempat-tempat awam dan rekreasi.
2. Bersoal jawab tentang arahan-arahan yang dilihat dari pita Rakaman / cakera padat.
3. Menama dan mengecam papan-papan tanda dan notis melalu iaktiviti lawatan ke persekitaran sekolah.
4. Aktiviti pengukuhan – mengingat kembali arahan-arahan yang telah dilihat .
5. Latihan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Mengingat kembali
Kemahiran : Menyebut nama objek seperti perkakas dalam bilik darjah, gambar keluarga dan rajah bentuk geometri.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Benda-benda maujud.
2. Lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Menamakan benda-benda yang terdapat di dalam kelas.
2. Guru mencatat nama-nama benda yang disebut oleh murid di papan hitam.
3. Murid membaca catatan guru di papan hitam.
4. Guru memadam semua perkataan yang ditulis dan minta murid menyebut semula perkataan tadi.
5. Aktiviti pengukuhan – adakan Permainan Mengingat Kembali (Permainan Kim) contoh :
i. meletakkan pelbagai jenis barang dalam sebuah bekas
ii. murid diberi masa satu minit untuk melihat barang tersebut.
iii. murid menyebut lima barang yang terdapat dalam bekas.
6. Latihan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Mengecam bentuk dan gambar
Kemahiran : Mengenal pasti dan membezakan bentuk, rajah dan gambar.
 Bahan Bantu Mengajar :
1. Benda maujud
2. Kad bentuk dan gambar
3. Lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Bersoal jawab dengan murid tentang benda-benda di dalam kelas dari segi bentuk ( segi empat, segi tiga, bulat, bujur dan lain-lain )
2. Minta murid memadankan kad-kad bentuk dengan benda-benda di dalam kelas (seperti meja – kad segi empat, jam - kad bulat )
4. Guru membimbing murid membina ayat mudah berpandukan tajuk.
Contoh : Bola ini bulat.
Bentuk meja saya segi empat.
5. Latihan pengukuhan melalui lembaran kerja.

KEMAHIRAN MEMBACA

Tajuk : Berbahasa menggunakan perkataan kvkv.
Kemahiran : Menggunakan perkataan kvkv.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Kad-kad perkataan
2. Kad gambar.
3. Lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Murid menamakan gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru.
Contoh : baju, batu, buku, bola dll.
2. Murid menamakan gambar dan kad perkataan yang ditunjukkan guru.
3. Ulang aktiviti ini beberapa kali sehingga murid dapat menyebut perkataan tanpa melihat gambar.
4. Murid menyebut perkataan mengikut suku kata. Contoh :
baju : ba – ju, batu : ba – tu, dll.
5. Latihan pengukuhan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Membaca dan memahami teks mudah.
Kemahiran : Membaca ayat mudah.
Bahan bantu mengajar :
1. Kad-kad ayat
2. Kad bacaan
Langkah-langkah :
1. Tunjuk kad perkataan dan kad ayat. Guru membimbing murid membaca kad-kad tersebut.
  
KEMAHIRAN MENULIS

Tajuk : Menulis
Kemahiran : Menulis nama, alamat dan nombor telefon.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Bersoal jawab dengan murid mengenai latar belakang mereka.
Contoh : nama, alamat, nombor telefon, ahli keluarga dll.
2. Murid diminta menulis nama, alamat dan nombor telefon di papan hitam secara individu.

Tajuk : Mengenal, mengeja, membaca, memahami dan mengingati senarai perkataan.
Kemahiran : Menyenaraikan perkataan mengikut jenis seperti
KV+KVK.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Kad perkataan KV+KVK
2. Kad suku kata
3. Kad gambar
4. Lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Murid menamakan gambar yang ditunjukkan oleh guru.
Contoh : botol, cawan, keris, lipas dan rumah.
2. Murid menyebut perkataan mengikut suku kata.
Contoh : bo + tol, ca + wan.
3. Guru mencantumkan kad suku kata dan minta murid menyebutnya.
4. Latih tubi mencantum dan membaca kad-kad suku kata yang diberi.
5. Latihan menyalin perkataan-perkataan yang telah dibaca.
6. Latihan melalui lembaran kerja.


Tajuk : Mengetahui sistem ejaan
Kemahiran : Menyenaraikan perkataan ( kata nama khas ).
Bahan Bantu Mengajar :
1. Kad perkataan ( nama khas ).
2. Lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Bersoal jawab dengan murid mengenai nama-nama rakan dan benda di dalam kelas dan tempat yang diketahui.
2. Guru mencatat perkataan-perkataan yang disebut di papan hitam.
3. Murid membaca perkataan-perkataan tersebut.
4. Guru menerangkan tentang nama khas seperti nama orang dan nama tempat.
5. Murid mengecam dan menanda nama khas yang tercatat di papan hitam.
6. Latihan menyalin kata nama khas di dalam buku catatan.
7. Latihan melalui lembaran kerja.







0 comments:

Post a Comment