Pages

Sunday 11 December 2011

Buku Panduan Untuk Guru BM Pendidikan Khas


Pengajaran Terancang Bahasa Malaysia untuk Pendidikan Khas

Pengajaran Terancang Bahasa Malaysia untuk Pendidikan Khas ialah buku yang ditulis khas untuk panduan guru bahasa Malaysia kelas pendidikan khas.Sebagai panduan lengkap, buku ini menerapkan teori pembelajaran bahasa kanak-kanak istimewa, iaitu kanak-kanak kurang keupayaan mental.Buku yang mengandungi 60 contoh rancangan pelajaran dalam tiga aras pembelajaran mengikut kebolehan kanak-kanak ini mendapat maklum balas yang positif daripada guru pendidikan khas kerana kesesuaian isi kendungannya dengan kanak-kanak berkenaan. Isi dalam setiap contoh rancangan pelajaran disusun secara sistematik berdasarkan empat tema utama, iaitu topik, peranan sosial, tempat dan peranan psikologikal yang merangkumi empat tahap pemahaman, iaitu pengalaman ingatan, pemikiran kritikal, kemahiran intergratif dan kemahiran evaluatif.Buku yang menepati kehendak Kurikulum Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ini bukan sahaja sesuai untuk kegunaan guru pendidikan khas, malah oleh ibu bapa atau ahli keluarga kanak-kanak istimewa berkenaan yang prihatin dengan perkembangan kemahiran bahasa mereka.
Hashim Othman
2008  |  Penerbit USM  |  978-983-861-310-1

0 comments:

Post a Comment